Program 3M: Membaca, Menulis dan Mengira

Tuesday, April 05, 2016

Pengenalan

Kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar tahap I (tahun 1, 2 dan 3). Ia amat penting dan menjadi prasyarat agar pelajar dapat menguasai pembelajaran yang lebih mencabar pada tahap II (tahun 4, 5 dan 6) nanti.

Hasil perbincangan dengan guru di Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil (SKSK), terdapat sebilangan pelajar dari kampung ini yang masih tidak menguasai 3M mengikut tahap umur mereka. Hal ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit akan terus ketinggalan dalam pelajaran seandainya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera.

Penyataan Masalah

Seramai sepuluh orang pelajar tahap II (tahun 4 dan tahun 5) masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu tiga orang pelajar dari tahun 4 dan tujuh orang pelajar dari tahun 5. Terdapat sebilangan pelajar dari tahun 3 yang masih lagi tidak dapat menguasai 3M dengan baik.

Rasional Program

Kegagalan pelajar dalam menguasai 3M akan mendorang pelajar terbabit ke dalam masalah seperti ponteng sekolah, berhenti sekolah, masalah kemurungan, tekanan jiwa, dadah, masalah sosial dan sebagainya. Justeru dengan itu, pihak PEMUKA dan PIBG SKSK telah merangka satu inisiatif program khas untuk menyelamatkan kumpulan pelajar ini bermula pada peringkat awal lagi.

Objektif Program

Program ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai kemahiran 3M sepenuhnya mengikut tahap umur mereka. Mutu pendidikan generasi masa depan bagi anak-anak kampung ini akan turut dapat ditingkatkan. Seterusnya, masalah sosial dapat dikurangkan.

Rancangan Perlaksanaan

Program ini akan dikendalikan oleh seorang guru kelas pemulihan dan beberapa orang fasilitator. Fasilitator ini terdiri dari penduduk kampung sendiri yang baru bergraduat dan masih belum mendapat pekerjaan tetap. Bilangan fasilitator ini akan bertambah mengikut pertambahan murid. Ratio seorang guru untuk 3 orang murid akan cuba dikekalkan.
Modul, bahan mengajar serta garis panduan perlaksanaan akan disediakan oleh guru kelas pemulihan. Kelas akan dilaksanakan selama dua jam pada setiap pagi Sabtu dari jam 08:30 pagi hingga 10:30 pagi.

Anggaran Perbelanjaan

Berikut adalah anggaran perbelanjaan untuk menjayakan program ini. Kos ini turut berubah mengikut bilangan semasa pelajar.


Perkara
Kos
1
Percetakan Bahan PnP
RM 10
2
Saguhati Guru
RM 40
3
Saguhati fasilitator
RM 30

Kos Seminggu
RM 80

Kos Sebulan
RM 320

Kos Setahun @ 8 bulan
RM2560


Sumbangan diperlukan

Sebagai sebuah pertubuhan NGO, pihak PEMUKA mengalu alukan sumbangan dari pelbagai pihak dalam menjayakan program kemasyarakatan ini. Berikut adalah bentuk sumbangan yang dicadangkan:
Bahan pembelajaran (baru atau terpakai) berbentuk:
  • buku cerita kanak kanak dalam Bahasa Melayu atau English, 
  • semua jenis bahan pembelajaran multimedia, 
  • bahan awal pembelajaran seperti flash card, permainan ilmiah seperti sahibba, silang kata dan 
  • apa saja bahan yang difikirkan sesuai. 
Sumbangan wang tunai
Kami memerlukan sumbangan wang tunai untuk menampung kos:
  • bahan cetak, 
  • membeli alat bantuan mengajar dan 
  • saguhati kepada tenaga pengajar. 
Sila rujuk bahagian anggaran perbelanjaan di atas.

Saluran Sumbangan

Tuan/Puan boleh membuat sumbangan ke akaun PEMUKA seperti di bawah:
  • No akaun: 1005151000040410
  • Nama bank: Agro Bank Cawangan Baling
  • Nama pemilik: P.M&K.A.K.G.R.S.K Pertubuhan Muafakat dan Kebaikan Anak Kampung Guar Reban / Seberang Ketil
Untuk maklumat lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi:
  • Tuan Hj. Mohammad Noor bin Ibrahim / 0135819899 / Pengerusi PEMUKA 
  • En. Mohd Hisyam bin Hj. Ismail / 0164682972 / Setiausaha PEMUKA 
  • Ustaz Mohd Nazri bin Hj. Yaakob / 0134408923 / Bendahari PEMUKA 
Seluruh ahli dan AJK PEMUKA merakamkan ribuan terima kasih atas keperihatinan dan sumbangan ikhlas pihak tuan/puan. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan lagi rezki tuan/puan.

Kesimpulan dan harapan

Adalah menjadi harapan pihak PEMUKA agar program ini mencapai objektifnya iaitu semua pelajar dapat menguasai kemahiran 3M mengikut perkembangan usia mereka. Peningkatan kualiti tahap pendidikan anak-anak kampung ini sudah tentu akan menjamin kemajuan ummah keseluruhannya.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images