About Us

PENGENALAN

Kampung Seberang Ketil yang dulu dikenali sebagai Kampung Guar Reban terletak di mukim Pulai dalam daerah Baling di negeri Kedah Darul Aman. Daerah Baling sudah sinonim sebagai satu daerah pedalaman yang mana penduduknya berpendapatan rendah. Majoriti penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah.

Sejak kebelakangan ini, dengan harga getah yang tidak stabil serta keadaaan perubahan cuaca yang tidak menentu menyebabkan punca pendapatan penduduk terjejas. Keadaan ini menyebabkan kadar kemiskinan penduduk terus berada di tahap yang membimbangkan. Lebih menyedihkan lagi bilangan anak yatim, warga emas, miskin tegar, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) turut meningkat.
Menyedari akan masalah ini kami anak jati kampung ini telah sepakat untuk menubuhkan satu tabung kebajikan yang diberi nama Pertubuhan Muafakat dan Kebajikan Anak-Anak Kampung Guar Reban / Kampung Seberang Ketil (PEMUKA) dan telah didaftarkan dengan JPPM (ROS).

MATLAMAT PENUBUHAN

  1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan penduduk kampung melalui pelbagai program dan kerja-kerja amal yang dijalankan. 
  2. Menjaga kebajikan penduduk kampung yang kurang berkemampuan dari segi fizikal, mental, material dan spiritual. 
  3. Merancang dan mengurus sumber yang ada bagi tujuan khairat dan amal jariah melalui program pembangunan modal insan, sosial, pendidikan, ekonomi dan kebajikan.


Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images